|
Alumni Pondok Pak Ya secara rasmi membangunkan Komuniti Pondok Pak Ya dalam talian dan boleh dikunjungi melalui http//alumnipondokpakya.ning.com . Komuniti ini dibangunkan selaras dengan perkembangan semasa yang banyak mengunakan aplikasi dalam talian sebagai alat komunikasi terkini.
Komuniti dalam talian ini adalah sebagai langkah awal dalam mengumpulkan puluhan ribu bekas pelajar Al Madrasah Taufikiah Khairiah Al Halimiah ini di seluruh dunia. Pihak sekolah percaya bahawa bekas pelajar sememangnya menantikan komuniti dalam talian ini dibangunkan oleh pihak sekolah.
Tinjauan juga mendapati ada juga bekas pelajar yang mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan 'group' bekas pelajar di laman-laman sosial seperti facebook, frienster dan forum-forum laman komuniti yang lain untuk mencari rakan-rakan yang pernah belajar bersama di Sekolah pondok Pak Ya suatu ketika dulu. Pihak sekolah menghargai usaha mereka ini.
Dalam usaha membangunkan komuniti Alumni Pondok Pak Ya dalam talian ini, sememang sokongan, pendapat, bantuan dan kerjasama dari seluruh bekas pelajar dan pihak sekolah ditagih. Hal ini kerana kejayaan sesuatu komuniti bergantung sepenuhnya kepada sokongan dan maklum balas yang diberikan oleh setiap ahli komuniti.
Kenapa menggunakan ning (ning.com) ? Jika ada yang bertanyakan soalan seperti ini, jawapannya adalah, keterbatasan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan dalam bidang IT.
Tetapi tidak mustahil suatu hari nanti dengan sokongan, maklum balas dan sumbangan yang diberikan oleh bekas pelajar Pondok Pak Ya yang lain, komuniti dalam talian ini akan menggunakan domain sendiri dan aplikasi dalam talian yang lebih baik pada masa akan datang.
Mengakhiri penulisan ini, pihak sekolah mengharapkan komuniti ini digunakan sebaik mungkin dalam mengeratkan ukhwah sesama bekas pelajar di Komuniti Pondok Pak Ya ini.
Jatuh bangunnya komuniti ini terletak di hujung jari bekas pelajar Madrasah taufikiah Khairiah Al-Halimiah itu sendiri.
Untuk mendaftar dalam komuniti Alumni Pondok Pak Ya sila ke http://alumnipondokpakya.ning.com/main/authorization/signUp untuk mendaftar.
|
cadangan memakai pakaian yang sebegit...
salam sume....pe kabar
saya ...
Yes..syok jugak kalau ada lagu nasyid...
awat tak letak nyanyian oleh sape2.. ...
waalaikumussalam warahmatullah, Ji...