Bulan Bahasa Arab Peringkat Negeri Kedah PDF Cetak emel
Selasa, 29 Jun 2010 12:55

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 29 Jun 2010 13:14
 
Akademi Tahfiz didik menjadi cemerlang PDF Cetak emel
Selasa, 09 Februari 2010 14:08
GUAR CHEMPEDAK – Bagi sesi pengajian 2010, Sekolah Menengah Agama Taufikiah atau dikenali sebagai Pondok Pak Ya dalam kalangan masyarakat setempat mewujudkan satu lagi program pengajian di samping pengajaran yang sedia ada iaitu Akademi Tahfiz.

Program berkenaan ditawarkan kepada kalangan pelajar dari tingkatan satu hingga pelajar aliran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berminat dan lulus ujian saringan yang diadakan pihak sekolah.

Pengetua Taufikiah, Puan Azizah Yahya, berkata, melalui program ini diharapkan agar Taufikiah akan dapat melahirkan penghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik sekali gus dapat berusaha menjadi penghafaz al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Kurikulum, Fauzi Saleh, berkata, dia mengharapkan sekurang-kurangnya pelajar Akedemi Tahfiz dapat menghafaz sekurang-kurangnya tiga juzuk setahun.

“Walaupun Taufikiah bukan sebuah pusat Tahfiz, sekurang-kurangnya pelajar didedahkan dengan teknik hafazan yang betul,” katanya.

Penolong Kanan Tarbiyyah Solehan A Ghafar, berkata, semoga dengan adanya program sebegini, ia sebagai salah satu usaha Taufikiah ke arah melahirkan ulama dan profesional yang berkemampuan dalam pelbagai bidang.

“Semoga usaha murni ini akan memberi pendedahan yang baik untuk pelajar dalam mendalami ilmu al-Quran di samping pengajian untuk masa hadapan,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pelajar yang ingin mengikuti Akademi Tahfiz ini, diberi ujian hafazan untuk kelayakan iaitu semuka al-Quran diberi masa selama satu jam untuk mengingatinya. Hanya 25 pelajar yang layak dalam saringan itu. Waktu pembelajaran Akademi Tahfiz bermula selepas waktu persekolahan iaitu pada jam 3 petang sehingga solat Asar kemudian disambung semula selepas solat maghrib sehingga solat Isyak.
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 22 Mac 2010 11:54
 

Galeri Taufikiah

asrama puteri.jpg
P3120384.JPG
DSCN0050.jpg
DSCN1023.jpg

Kajian / Undian :

Pada anda Sekolah menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah lebih dikenali dengan nama yang mana?
 

Tetamu ditalian:

Kami ada 47 tetamu ditalian

Statistik

Pelawat Hari ini:157
Pelawat kelmarin:130
Pelawat Bulan Ini:4772
Pelawat Bulan Lepas:5349
Pelawat Tahun Ini:39598
Keseluruhan Pelawat:49328
Dikira sejak:2009-07-29

Respon Pembaca

Banner

Home | RSS Feed Proudly Powered by Joomla Design by : Free Joomla 1.5 Template | Supported by : Modern Home Design | CSS | XHTML

Top